jump to navigation

Polisi KAFA

PERATURAN BAGI IBU BAPA DAN PELAJAR

KAFA Qatar

Kelas Pengajian Fardhu Ain Anak-Anak Malaysia di Qatar

Diharap ibu-bapa dapat mengambil perhatian maklumat dan peraturan-peraturan di bawah dan memberi kerjasama.

Maklumat Umum:

Website : https://kafaqatar.wordpress.com

KAFA Qatar Facebook Group : http://tinyurl.com/kafaqatarfb

Email Group : http://groups.google.com/group/kafaqatar

Email Address KAFA Qatar Google Group : kafaqatar@googlegroups.com

Untuk subscribe, hantar email ke kafaqatar+subscribe@googlegroups.com

Email AJK KAFA Qatar: kafaqatar@gmail.com

No. telefon bagi pertanyaan:

Duty Phone 1 (Lelaki): 6914300

Duty Phone 2 (Perempuan): 3670741

1. Maklumat terkini pelajar dan ibu bapa : Sila e-mailkan maklumat2 terkini iaitu:

kepada Puan Rafida Bahaudin di email berikut: qsg4021@gmail.com

2. Keselamatan : Malang tidak berbau. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,pihak pengurusan tidak membenarkan ibu bapa menghantar atau mengambil anak-anak di luar bangunan FANAR. Ini termasuk mengambil anak di tepi jalan setelah kelas atau membiarkan anak berjalan ke basement parking dari luar. Ibu bapa di minta untuk turun ke basement parking untuk menghantar dan mengambil anak2.

3. Tenaga pengajar dan AJK: Tenaga pengajar dan AJK Kafa Qatar adalah tenaga sukarela. Sebarang bantuan dan kerjasama ibu bapa dalam membantu menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan. Ini termasuk bantuan yang mungkin diperlukan bagi perjalanan kelas dan aktiviti sampingan.

4. Maklumat mutakhir : Ibu bapa dipertanggungjawabkan mendapatkan maklumat mutakhir mengenai kelas dan aktiviti berkaitan dengan mendaftarkan email di KAFA Qatar google group, menyertai Facebook group KAFA Qatar dan merujuk kepada website KAFA Qatar.

5. Kehadiran : Ibu bapa hendaklah memastikan kehadiran anak-anak ke kelas. Jika anak-anak tidak hadir lebih dari 2 kali tanpa alasan, pendaftaran anak-anak tersebut akan dibatalkan dan diserahkan kepada pelajar lain. Tempat bagi kelas-kelas ini adalah terhad. Oleh itu diharap ibubapa dapat menghargainya dengan memberikan kerjasama menghantar pelajar-pelajar pada setiap minggu kelas diadakan.

6. Peruntukan tempat : Peruntukan tempat di kelas-kelas adalah atas dasar first come first serve basis.

7. Pakaian : Oleh kerana ini adalah kelas pengajian Islam di sebuat pusat Islam, ibu bapa hendaklah memastikan pakaian anak-anak dan ibu bapa sendiri ke Fanar adalah bersopan dan menutup aurat.

8. Mematuhi jadual :

· Untuk tidak menganggu kelas dan proses pembelajaran, pelajar-pelajar hendaklah hadir ke kelas tepat pada masanya. Anak-anak hendaklah diambil dari kelas sejurus selepas tamat waktu pembelajaran.

· Pelajar yang tidak diambil di kelas serta-merta akan dibawa ke basement parking. Setelah 15 minit, jika tidak diambil oleh ibu bapa anak-anak akan dibawa ke masjid lelaki/perempuan.

· Tanggungjawab terhadap anak-anak setelah tamat waktu kelas adalah tanggungjawab ibu bapa.

9. Bekal makanan/minuman : Ibu bapa hendaklah menyediakan bekal makanan dan minuman mencukupi bagi waktu rehat anak-anak.

10. Tanggungjawab fasiliti : Ibu bapa bertanggungjawab terhadap segala kerosakan harta benda/fasiliti di Al Fanar oleh anak masing-masing.

Kami harap anak-anak tuan-tuan dan puan-puan mendapat manfaat dari kelas pengajian ini dan semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan kerjasama dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan di masa hadapan, insyaAllah.

Jazakumullah khairan kasiran.

Pengerusi KAFA Qatar.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: