jump to navigation

Maklum Balas Program Perkhemahan KAFA Qatar 15 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Pihak AJK dan Guru-guru KAFA Qatar bercadang untuk menganjurkan “program outdoor” untuk pelajar-pelajar level 3, 4 and 5 yang bertempat di Mezaya Camp, Inland Sea Area (http://www.mtc-qatar.com/) pada 5 dan 6 Februari, 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan).  Ibu bapa yang berminat untuk turut serta adalah di alu-alukan.

Kos adalah dianggarkan pada kadar QR 250 bagi setiap perserta (termasuk pengangkutan pergi dan balik – dari Doha, makanan & logistik). 

Objektif program perkhemahan ini adalah seperti berikut:

1. Memantapkan asas-asas akidah sebagai seorang Muslim.

2. Menerapkan rasa bangga menjadi seorang Muslim.

3. Menerapkan rasa bangga atas kehebatan Islam.

4. Mengetahui nilai amal yang dilakukan.

5. Bina ukhuwwah sesama pelajar.

Program akan bermula dengan para peserta bertemu tempat pertemuan di Doha pada pagi Jumaat dan di bawa dengan kenderaan yang disediakan.  Program akan bermula apabila peserta tiba di sana dan aktiviti2 seperti team building, sukan dan dalam kumpulan kecil akan di adakan.  Pada pagi Sabtu, akan di adakan program Qiamullail dan seterusnya majlis penutup.  Di jangkakan para peserta akan tiba di Doha pada tengahari Sabtu.

Kami memerlukan maklumbalas dengan segera dari pihak ibu bapa untuk memudahkan kami membuat tempahan dan segala persediaan yang di perlukan.

Jangan lupa untuk memberi maklumbalas untuk sessi outdoor di awal Februari nanti kepada Haji Issyam di eltax73@gmail.com

Advertisements

Jadual Kelas KAFA Qatar – Januari 2010 6 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment
View this document on Scribd

Notis Yuran Pendaftaran 4 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Salam to KAFA parents, harap maklum kepada pelajar-pelajar baru dan mereka yang masih belum menjelaskan yuran pada musim lalu , yuran pendaftran sebanyak QR100 / family hendaklah dijelaskan pada bendahari KAFA, Tn Hj Meor Faiza dan Puan Hjh Jurina Jalil pada hari pertama pendaftaran 09 Januari 2010, jam 12 tengahari di tingkat 3 AlFanar Islamic Cultural Learning Centre berhadapan souq waqif. Sekiranya ada lebihan sumbangan untuk tabung KAFA, amatlah dialu-alukan dan sila maklumkan kepada bendahari untuk tujuan rekod, InsyaAllah. Semoga Allah berkati usaha dan amalan kita.

Datang awal pada 9 Januari 2010 4 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Ibu bapa diharap datang awal iaitu pada jam 12 tengahari pada hari pertama kelas, 9 Januari 2010, untuk urusan pembayaran yuran, menempatkan anak di kelas dan sebagainya. InsyaAllah ini membolehkan kita memulakan kelas tepat pada masanya.

Yuran Tahunan 4 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Yuran pendaftaran tahunan adalah QR100 bagi setiap keluarga bagi ahli-ahli baru dan yang belum menjelaskannya pada summer semester yg lepas. Urusan pembayaran yuran hendaklah dijelaskan pada bendahari Tn Hj Meor Faiza dan Pn Hjh Jurina pada hari pertama pendaftaran 09 Jan 2010 ini.

Sebarang sumbangan tambahan dan derma untuk tabung KAFA juga amat dialu-alukan.

Assalamualaikum 3 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Harap maklum, Alhamdulillah, senarai pelajar dan kelas masing-masing telah kemaskinikan. Sila click di sini untuk senarai tersebut.

Bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anak mereka ke kelas KAFA, sila parking di basement dan naik ke kelas melalui lif bahagian perempuan.

Kelas 4P dan 5P terletak di tingkat 4 dan kelas-kelas lain di tingkat 3.

Ibu bapa diminta mendaftarkan email masing-masing di KAFA Qatar Google Group untuk segala pemberitahuan. Ibu bapa juga diharap dapat memeriksa blog ini dari masa ke semasa untuk sebarang pemberitahuan mutakhir.

Jadual Kelas bermula 9 Januari 2010 2 January, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Jadual kelas KAFA bermula 9hb Januari 2010
12.30pm – 1.10pm : Subjek pertama
1.10pm – 1.50pm : Subjek kedua
1.50pm – 2.30pm : Subjek ketiga
2.30pm – 2.50pm : Rehat
2.50pm – 3.15pm : Solat Asar
3.15pm – 3.55pm : Subjek keempat
4.00pm : Bersurai

Diharap ibu bapa dapat mengambil anak-anak tepat pada masanya,

Kemaskini pendaftaran sessi Jan 2010 22 December, 2009

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Salam to all KAFA parents, sila hantar details anak2 i.e tarikh lahir anak2, email add, contact no atau sebarang pertukaran maklumat kepada saya, di email add : qsg4021@gmail.com untuk tujuan kemaskini pendaftaran sessi Jan 2010. Kepada mereka yang sudah berbuat demikian, terimakasih.

Kepada mereka yang berhasrat untuk tidak meneruskan kelas KAFA, sila maklumkan jua supaya slot-slot kosong boleh diberi kepada anak2 yang masih dalam waiting list. Insyaallah.

Tiada kelas sehingga bulan Januari 2010 22 December, 2009

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Harap maklum, kelas hanya akan bermula pada 9 Januari 2010, insyaAllah.

KAFA Qatar Google Group & KafaQatar Facebook Group 21 December, 2009

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Semua ibu bapa yang belum menyertai KAFA Qatar Google Group diminta mendaftarkan email masing-masing di Google Group ini bagi membolehkan komunikasi dua hala antara ajk, guru-guru dan ibu bapa. Ini termasuk untuk mendapat notis kelas. Untuk mendaftar, email boleh dihantar ke kafaqatar+subscribe@googlegroups.com atau maklumkan pada AJK di kafaqatar@gmail.com

Oleh kerana ramai ibu bapa ada mempunyai facebook, maka kita juga mengalakkan ibu bapa menyertai facebook group KAFA Qatar sebagai satu lagi saluran komunikasi tambahan.