jump to navigation

Kelas Kafa sesi 2011 2 January, 2011

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaikum,

InsyaAllah, kelas KAFA sesi 2011 akan bermula pada hari Sabtu ini,, 8 Januari 2011. Masa seperti biasa. Harap maklum.

Jadual kelas telah dikemaskini, sila rujuk page Jadual Kelas

Kelas Kafa terakhir bagi tahun akademik 2010 3 December, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Salam IbuBapa yang dihormati,
Kelas KAFA berjalan seperti biasa (waktu & lokasi yang sama) dan InshaAllah ini merupakan kelas KAFA yang terakhir untuk tahun 2010. Kelas akan dibuka semula pada Jan 2011 InshaAllah, maklumat lanjut berkenaan schedule 2011 akan dikeluarkan oleh pihak kami.
Tarikh : 04 Disember 2010
Waktu : 12.30 – 4 petang
Lokasi : Bangunan Al Fanar, berhampiran souq Waqif
Lokasi Kelas : Level 1A, 1B, 2A, 2B, 3P, 4P, 5P di aras 3
Lokasi Kelas : Level 1 orientasi, 3L, 4L, 5L di aras 4
Sekian, maal salamah.
Sekretariat KAFA

Buku teks 3 December, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Makluman terkini berkenaan sumber buku rujukan teks yang digunakan oleh KAFA Malaysia di Doha :
Islamic Studies karangan Maulvi Abdul Aziz terbitan
Darussalam, masih terdapat beberapa set di Jarir Al Rayyan untuk Gred 1-3, 6-9. (Gred 4 and 5 dah habis stok buat masa ini) .

@ Updated as of 23 Nov 2010.

Kelas bermula 16 Oktober 2010 8 October, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakhatu,

Bagi pihak AJK/Guru2 KAFA, dimaklumkan kelas KAFA Sessi Oct 2010 akan dimulakan inshaAllah seperti berikut :

Hari : Sabtu (Setiap 2 minggu)
Tarikh : Oct 16, 2010
Waktu : 12.30 tengahari – 4.00 petang
Lokasi : Al Fanar Learning Center
Kelas & Jadual :  Sila rujuk lampiran
Status pelajar2 baru :  Semua pelajar2 baru yang memohon untuk menyertai program KAFA akan didaftarkan mulai 01 Jan 2011 inshaAllah.
Rujukan Buku Teks : Sila gunakan buku teks Islamic Studies terbitan Darussalam mengikut Grade level masing2.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan pengurusan KAFA, sila hubungi Tuan Pengerusi, Hj Rushdan di email rushdanjaafar@gmail.com atau sebarang pertanyaan berkenaan hal ehwal akademik sila berhubung dengan Pn Pengetua KAFA, Pn Zainab di email fairuszainab@yahoo.com

JazanaIllahu wa iyyakum.

Bagi pihak
Sekretariat KAFA.
Issyam Ismail
Rafida Bahaudin

Rekod Kehadiran Pelajar2 KAFA @ Mar 6, 2010 6 March, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

Salam,

Rekod kehadiran pelajar2 KAFA bagi sessi sehingga 06 Mar 2010 telah di ‘ upload’ di  http://groups.google.com/group/kafaqatar?hl=en untuk makluman ibubapa KAFA.

Kelas seterusnya akan dijalankan seperti biasa pada 20 Mar 2010 InsyaAllah.

Jazakallahu khayr.

Kelas akan datang 17 February, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Harap maklum, kelas KAFA diteruskan seperti biasa pada 20 Februari 2010, insyaAllah.

Peraturan-peraturan lain kelas KAFA 17 February, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Assalamualaikum,

Di bawah ini  peraturan-peraturan yang sebenarnya sudah ada
tetapi kita tidak dikuatkuasakan semasa kelas KAFA untuk rujukan semua. 

1.  Kelas 4P dan 5P akan di tukarkan ke lantai 3.

2. Kelas 4L dan 5L akan di tukarkan ke lantai 4.

3. Bapa2 dan Pelajar2 lelaki hendaklah menggunakan lif (lantai
basement) di sebelah lelaki dan terus naik ke lantai 4.  Anak2 di
Level 1,2 dan 3 akan menggunakan tangga untuk turun ke lantai 3.
(Saya akan lantik AJK bertugas di Lantai 3 untuk membantu anak2 lelaki
ke kelas masing-masing di lantai 3).

4. Hanya ibu2 dan pelajar2 perempuan di benarkan menggunakan lif di
sebelah perempuan untuk terus ke lantai 3.

5. Kami tidak membenarkan para ibu bapa untuk menunggu/bersembang di
lantai 3 atau 4 selepas menghantar anak masing2.

6.  Kami akan menempatkan beberapa AJK di lantai basement (sebelah
lelaki dan perempuan) untuk membantu anak2 ke kelas masing2 untuk
membantu dan mengurangkan keperluan ibu bapa untuk naik ke atas.

7. Ibu bapa hanya di benarkan menunggu dilantai basement selepas kelas
tepat pada puku 4 petang, dan AJK2 akan menurunkan pelajar2 secara
teratur ke bawah.  Ibu bapa tidak di benarkan berada di lantai 3 dan 4
selepas kelas.

8. Jika ada keperluan untuk membuat pembayaran pertanyaan, boleh
bertanyakan atau buat pembayran kepada AJK di lantai basement dan akan
di sampaikan kepada Bendahari.  Bendahari akan mengeluarkan resit dan
akan di beri kepada pelajar2 di kelas.

Oleh kerana pelajar2 kita ada yang besar, saya rasa peraturan2 baru ini
boleh membantu kelancaran kelas KAFA kita ini, InshaAllah.

Jazakallah Khairan.

AJK KAFA Qatar.

KAFA – Winter Youth Camp 16 February, 2010

Posted by kafaqatar in Uncategorized.
add a comment

 

 DSC_0568

 

Senarai barang bagi Outdoor Camp 2 February, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Salam buat semua,

KAFA3

Disenaraikan dibawah barang yg perlu/tidak untuk rujukan pihak IbuBapa sekalian.

Pihak IbuBapa boleh menghubungi pihak sekretariat seperti dibawah untuk sebarang pertanyaan ketika program dijalankan kelak.

Mobile 1 :  6914300
Mobile 2 :  3670471

Tarikh : 5/2/2010
Masa : 7.00am
Tempat berkumpul : Family Food Centre, Matar Qadim

Tarikh : 6/2/2010
Masa : 10.30am
Tempat ambil : Family Food Centre, Matar Qadim

JZKK.

Mohamad Issyam Ismail
5865782

—————————————————————–

KAFA Qatar Outdoor Youth Camp 2010

Senarai barang yang perlu dibawa oleh peserta:

1. Pakaian yang sesuai dan mencukupi untuk 2 hari 1 malam seperti seluar panjang, stokin, t-shirt lengan panjang (pelajar perempuan), tudung dan anak tudung (pelajar perempuan)

2. Pakaian sukan

3. Pakaian dalam yang mencukupi

4. Pakaian basah (untuk sukan air)

5. Kasut sukan dan selipar

6. Pen

7. Tuala mandi

8. Kelengkapan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi

9. Terjemahan Al-Qur’an

10. Kelengkapan solat (telekung/tudung untuk pelajar perempuan)

11. Lampu picit

12. Baju Sejuk@Jaket

 

Senarai barang yang TIDAK dibenarkan dibawa:

1. Pakaian celoreng (atau pakaian askar)

2. Kain pelikat

3. MP3 player, PSP, DS, Gameboy dan yang seumpamanya

4. Seluar pendek, t-shirt tanpa lengan atau t-shirt bertulis perkataan atau berlogo yang tidak bersesuaian

5. Barang kemas seperti rantai, subang, cincin melainkan jam

6. Wang melebihi QR50

Outdoor Camp 19 January, 2010

Posted by kafaqatar in Notis.
add a comment

Salam,
Penyertaan level 3 dengan rasminya ditutup.
Penyertaan bagi level 4 & 5 masih lagi di alu-alukan.
Terkini :
Lokasi : QIA/QIT Camp, Inland Sea
Tarikh : 5 & 6/2/2010
Masa Bertolak : 7.15am, 5/2/2010 (FFC, Matar Qadim)
Masa Habis : 10.00am, 6/2/2010 (FFC, Matar Qadim)
Bayaran penyertaan : QR200 seorang (perlu dibayar pada 23/1/2010)